Wednesday, January 19, 2011

Lirik lagu Ya Robbi Filem Kurafat Lirik mp3





YA ROBBI

Intro (V.O) 

Kadangkala kita lupa 
Kadangkala kita leka
Kadangkala kita buta
DIA memerhatikan kita

Ya ALLAH..    
                                                                                                                         

Verse 1

Manusia sifatnya pelupa
Walau disogok seribu nasihat setiapa masa
Hati tetap sukar ditembusi kerana dosa-dosa
Menjadi dinding pemisah antara aku dan DIA

Uh' dulu dalam gelap zulmat dunia
Walau lampu lagu rancak buatku berdansa
Bersama mereka yang sebahtera
Dalam bah peluh oh' penuh nista
Yah' yah' ku terlupa..

*Pre-chorus

Aku khayal..
Leka gembira walau sementara
Tapi nikmatnya..
Kala itu tak terkata
Kerana apa?
Kerana aku tiada pegangan nyata
Aku hanyut dengan arus dunia
Dunia oh' dunia!

**Chorus

Aku hanyalah manusia
Yang sering lupa
Yang selalu leka
Dengan tipu daya oh' dunia

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Verse 2

Jika kau tanya aku jujur uh' mengapa
Dunia seperti ahli silap mata
Bermain ilusi mengkaburkan minda
Semua di depan mata indah oh' tampaknya
Walau hakikat oh' sebaliknya

KitabNYA, kalamNYA yang dulu kulupa
Kumula baca walau merangkak seperti kura-kura
Kerana kutahu hanya ini buku jawapan pada
Teka silang kata dunia!

*Pre-chorus

Aku khayal..
Leka gembira walau sementara
Tapi nikmatnya..
Kala itu tak terkata
Kerana apa?
Kerana aku tiada pegangan nyata
Aku hanyut dengan arus dunia
Dunia oh' dunia!

**Chorus

Aku hanyalah manusia
Yang sering lupa
Yang selalu leka
Dengan tipu daya oh' dunia

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Bridge

Aku tidak berdaya
Ampunilah,ampunilah (Ya ALLAH ya Tuhanku)
Berikanku cahaya
Ampunilah,ampunilah (Ampunilah diriku)
Aku tidak bertenaga
Ampunilah,ampunilah
Tempatkanlah ku di syurgamu..

 **Chorus

Ya ROBBI (8x)
Kuserahkan segala
Terimalah doaku

Outtro (V.O)

Dulu bila orang kata solat itu tiang Agama
Aku ragui, tetapi kini kupasti..
Alhamdulillah..

Sumber blog asal burn. 

1 comment:

Anonymous said...

CERITA AKU DAN SESUATU
-Bro Ery-

Waaa, lagu ni untuk OST file Khurafat. Tak ada rezeki lagi nak tengok cerita tu. Tapi kalau artis yang nyanyi untuk lagu ni ganti dengan Ahli Fikir or Fabulous Cat mesti lagi gempakkan..

P/s: Singah blog saya komen-komen ye (^^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lirik lagu heedan Mohd - Yang Terakhir

Jom layan lirik lagu BBNU dari Artis Bernama Heedan Mohd. Berjudul Yang terakhir. Performed by HEEDAN MOHD Title : Yang...